Anda di sini

TM sumbang wang tunai, makanan ringan kepada 94 kanak-kanak OKU

Advertisement
 Edward menyampaikan sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Seri Mengasih Tanjung Aru sempena program tsnggungjawab sosial korporat( CSR) SUTE anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sabah di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama
TERIMALAH: Edward menyampaikan sumbangan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Seri Mengasih Tanjung Aru sempena program tsnggungjawab sosial korporat( CSR) SUTE anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sabah di Kota Kinabalu, semalam. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Seramai 94 anak kurang upaya (OKU) di Pusat Seri Mengasih di Tanjung Aru di sini menerima sumbangan wang tunai dan makanan ringan bernilai RM5,000 daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) Sabah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong Oui Fah dalam satu majlis di pusat itu semalma yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Sabah Sukkuriya Masri.

Ketika berucap pada majlis itu, Yong berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TM bagi membantu kanak-kanak OKU berkenaan.

“Sumbangan ini menunjukkan TM adalah sebuah organisasi korporat yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Kita mahu melihat banyak lagi syarikat yang turut tampil untuk melakukan CSR seumpama ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sangat menyokong serta menggalakkan sebarang bentuk bantuan daripada sektor korporat untuk golongan yang kurang bernasib baik ini.

Pusat Seri Mengasih yang ditubuhkan pada 1981 merupakan institusi kebajikan swasta bagi anak-anak kurang upaya. — Bernama

Advertisement