Anda di sini

Setiausaha Negara AS ke Mexico untuk pulih hubungan

Advertisement

KOTA MEXICO: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson bertemu dengan pemimpin Mexico semalam untuk cuba meredakan perbalahan berhubung dasar-dasar imigresen dan perdagangan Presiden Donald Trump.

Trump menimbulkan kemarahan Mexico dengan ikrar untuk membina tembok sepanjang sempadan untuk menghalang kemasukan pendatang, yang beliau label sebagai perogol dan penjenayah dalam kempen pilihan raya presiden dahulu.

Kerajaannya pada Selasa lepas mengeluarkan perintah baharu kepada pihak berkuasa untuk mula menangkap dan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin, kebanyakannya warga Mexico.

Trump turut mengugut untuk meletakkan halangan kepada eksport Mexico, membawa balik pekerjaan dari negara itu ke AS dan malah menghentikan kiriman wang oleh warga Mexico yang berpangkalan di Mexico kepada keluarga mereka.

Sekarang beliau mengutus Tillerson dan Setiausaha Keselamatan Tanah Air John Kelly ke Kota Mexico untuk meredakan ketegangan – dan berbincang dengan Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto, mengenai cara untuk membendung migrasi merentasi sempadan dan penyeludupan dadah.

Ia adalah signifikan bahawa presiden mengutus setiausaha ke Mexico begitu awal dalam pentadbirannya. Ia adalah simbolik bagi hubungan bermakna yang dijalin oleh kedua-dua negara kita,” kata jurucakap White House, Sean Spicer, kepada pemberita kelmarin.

Ini merupakan pertemuan penting berhubung agenda presiden untuk memperbaiki kualiti hidup bagi kedua-dua rakyat Mexico dan AS dengan memerangi penyeludup dadah dan mencari jalan untuk merangsang kedua-dua ekonomi kita menerusi hubungan lebih meluas yang mempromosikan perdagangan dan imigresen yang sah.”

Tillerson dan Kelly dijadual bertemu dengan Pena Nieto pada 1900 GMT selepas rundingan dengan menteri-menteri hal ehwal luar, kewangan dan kerajaan Mexico.

Pendirian Trump mengenai Mexico telah meletakkan hubungan kedua-dua negara pada tahap terendah sejak sekian lama.

Pena Nieto membatalkan pertemuan yang dirancangkan dengan Trump di Washington pada bulan lepas berhubung janji pemimpin AS itu untuk memaksa Mexico membayar bagi tembok ber-kenaan.

Pegawai kerajaan AS berkata Tillerson dan Kelly akan cuba meyakinkan Mexico bahawa ia menghargai hubu-ngan dua hala mereka.

Spicer menegaskan Mexico dan Washington mempunyai “hubungan yang sangat sihat dan kukuh dengan kerajaan Mexico”.

Tetapi Maureen Meyer, seorang pakar di Pejabat Washington mengenai Amerika Latin, sebuah organisasi sokongan hak asasi manusia AS, berkata “hubungan sudah renggang dengan ketara dise-babkan oleh tindakan dan retorik pentadbiran Trump”.

Setiausaha Negara Tiller-son mempunyai peluang untuk meletakkan hubungan pada kedudukan yang lebih sihat berdasarkan sikap sa-ling hormat-menghormati,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa imigresen AS sudah menangkap ratusan orang di seluruh negara sebagai sebahagian daripada ikrar Trump untuk meng-ambil tindakan keras ke atas pendatang asing tanpa izin.

Kelly pada Selasa lepas mengeluarkan perintah baharu untuk mempertingkatkan penahanan.

Kelly, yang bercakap di Guatemala kelmarin sebelum beliau pergi ke Mexico, berkata “nasihat saya yang ikhlas kepada mana-mana warga yang menimbang untuk berhijrah ke AS dengan me-rentasi sempadan kita secara tidak betul – migrasi – nasihat terbaik saya adalah untuk tidak melakukannya.” — AFP

Advertisement