Anda di sini

Padah peras ugut penjual hadiah hari kekasih

Advertisement
 Tiga lelaki tersebut ditangkap oleh JSJ Padawan di gerai sekitar Jalan Batu Kawa, semalam.
PADAH BERLAGAK SAMSENG: Tiga lelaki tersebut ditangkap oleh JSJ Padawan di gerai sekitar Jalan Batu Kawa, semalam.

KUCHING: Tiga lelaki yang berlagak samseng dengan memeras ugut penjual anak patung dan bunga menerima balasan apabila ditangkap polis, semalam.

Kumpulan bertiga itu ditangkap ketika dikatakan sedang meminta wang perlindungan di gerai-gerai yang dibuka sempena Hari Kekasih sekitar Jalan Batu Kawa di sini.

Difahamkan, kegiatan itu turut dilakukan oleh kumpulan bertiga tersebut di sekitar bandar raya ini sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, lelaki-lelaki yang ditangkap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun.

Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Padawan menangkap tiga lelaki tersebut di kanopi menjual patung dan bunga sekitar jam 1 petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi semala.

Sekurang-kurangnya tujuh laporan polis telah dibuat oleh para penjual berhubung kes tersebut.

Tangkapan itu dibuat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

Advertisement