Anda di sini

Webe sambut Tahun Baharu Cina ala ‘Hipster Shanghai’

Advertisement
 Azizi (tiga kiri) menggaul Yee Sang pada majlis Tahun Baru Cina Webe bersama media di Webe Digital, Petaling Jaya malam kelmarin. — Gambar Bernama
MAJLIS TBC: Azizi (tiga kiri) menggaul Yee Sang pada majlis Tahun Baru Cina Webe bersama media di Webe Digital, Petaling Jaya malam kelmarin. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Penyedia perkhidmatan mobiliti digital Kumpulan Telekom Malaysia Bhd, Webe, meraikan majlis Tahun Baharu Cina dalam suasana gemerlapan dan glamor di pejabatnya, di sini malam ini.

Bertemakan “Hipster Shanghai”, kakitangan media disajikan dengan makanan dan  permainan yang menghiburkan seperti “Snap!”,”Shoot the Rooster” dan “Ping Pong Tic-Tac-Toe” dalam suasana keriuhan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Webe, Azizi A. Hadi, majlis itu ialah bagi menjalin persahabatan dan menyambut Tahun Ayam.

“Kita akan mengumumkan butiran apa yang disediakan oleh Webe secara senyap untuk pengguna Malaysia pada minggu-minggu akan datang,” kata Azizi dalam ucapannya pada majlis itu.

Turut hadir ialah ketua pegawai pemasaran webe, Lai Shu Wei, yang turut melahirkan penghargaan kepada media atas sokongan yang berterusan membantu Webe berkembang. — Bernama

Advertisement