Anda di sini

Masuk laluan maut

Advertisement
 Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
NGERI: Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
 Motosikal mangsa selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Batu 22, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.
MENAKUTKAN: Motosikal mangsa selepas bertembung dengan pacuan empat roda di Batu 22, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

   Penunggang maut, pembonceng parah motosikal bertembung pikap di Jalan Sibu-Bintulu.  

SIBU: Seorang penunggang motosikal terbunuh manakala pemboncengnya cedera parah selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pikap di Batu 22, Jalan Sibu-Bintulu, semalam.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar jam 6.40 pagi apabila mangsa iaitu kedua-duanya lelaki sedang dalam perjalanan dari arah Sibu manakala pikap itu difahamkan datang dari arah Selangau.

Mohammad Rafiq Salleh, 23, dari Kampung Tekajong, Daro maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya berusia 22 tahun dari Daro belum lagi dikenali identitinya mengalami kecederaan parah.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu dengan menggunakan ambulans.

Difahamkan pemandu pikap terbabit dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri berkata, siasatan awal mendapati motosikal terbabit dipercayai masuk ke laluan bertentangan yang menyebabkan mereka bertembung.

Penunggang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya cedera parah,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

  • oleh
  • Advertisement