Anda di sini

Lapan lot kubur SDNU diceroboh

Advertisement
 Salah sebuah kubur yang diceroboh di Tanah Perkuburan SDNU Sibu, kelmarin.
DITEBUK: Salah sebuah kubur yang diceroboh di Tanah Perkuburan SDNU Sibu, kelmarin.

SIBU: Lapan lot kubur di Tanah Perkuburan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Jalan Chukan di sini telah diceroboh kelmarin.

Kegiatan itu diketahui penjaga kubur, Kapi Nanang ketika mengetuai upacara pengebumian di situ pagi kelmarin.

Setibanya kami di situ, saya terlihat lapan lot kubur terbabit telah dipecahkan jubinnya seolah-olah ditebuk.

Saya kemudian terus menghubungi Pengerusi SDNU Sibu Chambai Lindong bagi memaklumkan kejadian terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Kapi, kegiatan ceroboh kubur pernah berlaku di kubur tersebut sebelum ini.

Katanya beliau tidak mengetahui bila kejadian itu berlaku kerana tidak menjaga kubur terbabit sepenuh masa dan hanya pergi ke kubur bila ada kematian.

Sebab itu saya tidak pasti bila ia diceroboh,” jelasnya sambil memberitahu bahawa kubur itu mempunyai 1,000 lot kubur.

Sementara itu, Bendahari SDNU Sibu Sayong Ambor berkata pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian terbabit.

Keluarga si mati sudah dimaklumkan dan mereka sudah bergegas ke kubur untuk melihat sebarang kerosakan.

Mungkin sekarang mereka sudah membaiki kerosakan kubur keluarga mereka,” jelasnya.

Kubur yang diceroboh itu ialah Natalie Myra Jane Marius, mendiang Ukand Rading, mendiang Ling Nawi, Dimah Lingoh, lot B.No 8, lot A.No.3, mendiang Endah Sengkuai dan Henry.

Justeru keluarga si mati digesa datang ke kubur terbabit bagi memeriksa sendiri kerosakan akibat kegiatan ceroboh itu.

Advertisement