Anda di sini

Tahun Baharu Cina di Limbang disambut dengan amalan tradisi

Advertisement
 Ang (lima kiri) dan keluarga besarnya merakam kenangan dengan tetamu yang hadir.
AMALAN TRADISI: Ang (lima kiri) dan keluarga besarnya merakam kenangan dengan tetamu yang hadir.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina (TBC) 2017, iaitu Tahun Ayam Api disifatkan memberi kekayaan dan keuntungan bagi kepercayaan masyarakat Tionghoa di daerah Limbang Mereka menyambut kehadiran Tahun Ayam Api dengan amalan tradisi hidangan limau mandarin atau ‘kam’, jamuan makan besar sekeluarga, mercun dan angpau bagi memberi kemeriahan perayaan itu seperti saban tahun.

 Di Limbang Tahun Baharu Cina berlangsung penuh warna-warni kerana perayaan itu turut dirai masyarakat berlainan agama yang menghadiri rumah terbuka masyarakat Tionghoa.

 Turut menjadi tumpuan ialah rumah Ketua Masyarakat Cina Limbang Temenggung Ang Kheng Su, Pemanca Leong Boon Ming, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Limbang Lim Chwee Ching, Penghulu Chua Beng Soon dan usahawan berjaya David Chua Kien Teen.

 Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail, isteri Dr Abdul Rahman Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Walikota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Jurutera JKR Bahagian Noor Ismail Razali dan rombongan terdiri daripada Wanita dan Pemuda PBB turut mengadakan kunjungan ke kediaman pemimpin masyarakat Cina di daerah Limbang.

  • oleh
  • Advertisement