Anda di sini

Majlis Aura Karisma Tupperware serba merah dan meriah

Advertisement
 Salmah (kiri) memperkenalkan ahli keluarga Dollah Ali Zaini (dua kanan) yang telah memberi sokongan kuat kepada Aura Karisma.
PENYOKONG KUAT: Salmah (kiri) memperkenalkan ahli keluarga Dollah Ali Zaini (dua kanan) yang telah memberi sokongan kuat kepada Aura Karisma.

AURA Karisma Tupperware telah mengadakan majlis makan malam penghargaan yang dirai dengan meriah pada 21 Januari lalu di hotel Dynasty di Miri.

Bertemakan warna merah, majlis dihadiri oleh lebih 130 orang tetamu.

Pengarah Eksekutif, Salmah Ismail berkata, selain menjamu selera dan bermesra bersama rakan dan sanak saudara, majlis turut bertujuan mendekati lebih ramai pengedar serta merekrut ahli baharu.

Menerusi aktiviti ini, kita cuba memperkenalkan kepada rakan kita manfaat menyertai perniagaan ini,” jelas beliau.

Penghargaan turut disampaikan menerusi pelbagai anugerah yang antaranya, Jualan Tertinggi Disember/Januari kepada Nancy Johnny.

Nancy turut menerima hadiah insentif berupa percutian ke Bandung pada bulan Mac.

Sementara Jauyah Ismail, Fareed Izzat, Tham Abdullah dan Zaharah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Baharu.

Tiga Director In Qualification ialah Faridah Dollah, Zulkiflee Dollah dan Mardiah Muli.

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian, tetamu membawa balik pelbagai hadiah menarik dari sesi cabutan tiket bertuah.

Majlis turut meraikan bersama hari jadi Salmah yang ke 56 tahun.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Abdul Aziz Mohd Yusuf,  Pemilik Pusat Perniagaan Tupperware Miri yang juga Presidential Director Theresa Lo Sing, Pengarah Jualan, Pemasaran Tupperware KL Ethan Wong dan Pengerusi Dewanita Miri Khadijah Sheikh Kassim.

 Salmah (berdiri, empat kiri) bergambar kenangan bersama ahli keluarga yang hadir.
TURUT SERTA: Salmah (berdiri, empat kiri) bergambar kenangan bersama ahli keluarga yang hadir.
  • oleh
  • Advertisement