Anda di sini

Eenggan melayan, lelaki cedera dilanyak pondan

Advertisement
 Mangsa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

CEDERA: Mangsa tiba di HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

KUCHING: Gara-gara enggan melayan pondan, seorang lelaki cedera sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam keretanya di hadapan sebuah klinik di Stutong Baru di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 25 tahun dan berasal dari Taman Chong Ling itu dikatakan berjumpa dengan lelaki berperwatakan wanita terbabit di tempat kejadian sekitar jam 6 pagi.

Bagaimanapun, suspek yang berang selepas mangsa enggan melayannya bertindak mencederakan kemaluan mangsa sebelum bertindak mencekik lehernya menggunakan kabel telefon bimbit sehingga pengsan.

“Mangsa ditinggalkan di tempat kejadian di dalam keretanya sebelum ditemui oleh orang awam sekitar jam 10 pagi tadi (semalam) dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota paramedik dari Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS) dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa sebelum mengejarkannya ke hospital,” kata sumber.

Mangsa yang tercedera di bahagian kemaluan serta beberapa anggota badan kemudian menceritakan perkara sebenar yang menimpa dirinya sejurus sedarkan diri.

Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa dan sehingga kini dia masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditahan polis kerana dikatakan mengamuk dan cuba menyerang penjual permaidani di hadapan rumahnya di Kampung Semerah Padi di sini, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan tiba-tiba bertindak sedemikian menyebabkan keluarganya terpaksa menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Suspek kemudian dihantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Advertisement